Umum

Untuk versi online klik (terjemahan Indonesia)
Fiqh Keutamaan
Pengarang:Prof Dr. Yusuf Abdullah Al-Qaradhawi
Penterjemah : Ahmad Nuryadi Asmawi
Penerbit: Thinker's Library Sdn Bhd, 123, Jalan Jasa Tiga, Sungai Tua, 68100
Batu Caves, Selangor Darul Ehsan ( Tel : 03-6189 7570 , Faks: 03-6187 8525 )
Tebal : 335 muka surat
Harga : tidak dinyatakan
Sinopsis:
Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi , seorang tokoh pemikir Islam agung di abad ini telah
menghasilkan ribuan makalah dan buku di dalam berbagai bidang ilmu Islam. Beliau
adalah seorang muslim moderat yang cuba menampilkan Islam sebagai suatu ikutan
yang mudah dan sesuai untuk semua manusia di semua tempat dan suasana. Mengikuti
pemikiran beliau kita akan yakin bahawa hanya dengan mengikuti Islam sahajalah
segala permasalahan kehidupan dan kematian akan diselesaikan.
FIQH AL-AWLAWIYYAT ( Fiqh Keutamaan) mendedahkan kepada generasi Islam
perkara-perkara apakah yang patut diletakkan pada tangga pertama, diberi
keutamaan dan keistimewaan serta hal-hal apakah yang seharusnya diletakkan
sebaliknya dan dilakukan kemudian.
Kegagalan mengatur keutamaan akan mengakibatkan tindakan-tindakan menjadi tidak
teratur dan tersusun rapi, sehingga memperlambat ummah untuk menggapai matlamat
yang dicita-citakan.
Umat Islam mesti bijak dan pintar menyusun perancangan kerja dengan efektif dan
berkesan selari dengan tuntutan fiqh keutamaan dan prioiriti kerja sesuai dengan
pedoman dan panduan yang telah digariskan oleh Rasulullah s.a.w.
Oleh itu, perkara-perkara kecil, remeh-temeh dan pinggiran tidak seharusnya
dibesar-besarkan kerana ia akan menghambat gerak perjuangan.
Tiba masanya bagi ummah untuk melepaskan semua bentuk perselisihan pinggiran di
antara sesama sendiri. Sebaliknya berganding bahu dan bekerjasama untuk
menyambut era kebangkitan dan kegemilangan Islam sebagai satu-satunya "Addin" (
cara hidup) yang paling sesuai untuk kebaikan dan kebahagiaan seluruh insan di
planet bumi ini.
Di antara petikan menarik
daripada buku ini:
" Dari pengalaman yang pernah saya lalui, banyak saya dapati kaum Muslimin yang
ikhlas dan baik menghulurkan derma dan sumbangan untuk mendirikan masjid baru ,
walhal di daerah tempat tinggalnya sudah banyak sekali masjid-masjid yang
berdiri dan sedia ada. Ada di kalangan (mereka- p) yang sanggup untuk memberikan
derma sebanyak setengah juta pound Mesir atau beribu-ribu Dollar Amerika. Namun
apabila kamu mencuba untuk memohon kepada mereka memberikan derma tersebut untuk
kegiatan Islamiyyah; menyekat usaha-usaha pemurtadan dan penyebaran agama lain
di tengah-tengah masyarakat Islam, ataupun untuk menyokong kerja-kerja Islam
dalam menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini atau tujuan-tujuan besar
seumpamanya, mungkin kamu boleh dapati sokongan dari beberapa orang di antara
mereka, namun jarang sekali kamu akan mendapati bantuan kewangan dari masyarakat
ramai. Mengapa...? Kerana mereka lebih mengutamakan pembangunan batu daripada
usaha-usaha pembangunan manusia..!!"
"Pada musim haji setiap tahun, saya saksikan banyak sekali kaum Muslimin yang
tergolong kaya dan mampu pergi menunaikan haji yang kedua ataupun ketiga atau
selanjutnya. Banyak juga di kalangan mereka yang menambahkan ibadah haji sunat
itu dengan terlebih dahulu mengerjakan ibadah Umrah di bulan Ramadhan. Mereka
tidak segan-segan untuk mengeluarkan wang ringgit demi tujuan tersebut ...Tetapi
apabila kamu cuba untuk meminta kepada mereka menyalurkan semua dana dan
peruntukan yang mereka belanjakan pada setiap tahun itu untuk didermakan kepada
tabung mujahidin yang sedang memerangi
penceroboh dan penjenayah Israel di Palestin atau tabung dakwah Islamiyyah untuk
menghadapi usaha-usaha Kristianisasi di wilayah-wilayah Indonesia ataupun di
Bangladesh atau di negara-negara lainnya di benua Asia dan Afrika, atau kamu
meminta kepada mereka untuk menyalurkan peruntukan tersebut bagi membangun
pusat-pusat tarbiyyah dan pendidikan dakwah Islamiyyah melahirkan para pendakwah
yang mantap dan berpengetahuan luas, ataupun usaha-usaha penyusunan buku-buku
Islam atau terjemahannya, pasti kebanyakan mereka akan menolehkan kepalanya ke
arah lain kerana enggan atau tidak setuju dengan cadangan yang kamu berikan tadi,
bahkan mungkin ada di kalangan mereka yang akan mengherdik dan mencemuh kamu"
"Alangkah baiknya, apabila mereka yan pergi ke tanah suci Makkah untuk
melaksanakan ibadah haji sunat- mereka adalah golongan yang terbanyak- dan
mereka yang sentiasa melaksanakan umrah pada bulan Ramadhan dengan belanja wang
ringgit yang cukup besar tersebut bertolak ansur dan sebaliknya mengalihkan
perhatian dan menyalurkan peruntukan kewangan yang begitu besar untuk memberikan
pertolongan dan bantuan kepada kaum Muslimin dan Muslimat yang sedang menghadapi
bahaya kehancuran kerohanian dan kebendaan; bahaya kematian dan penghancuran
yang sedang dilakukan oleh pihak-pihak musuh di seluruh dunia"
Penulis: Dr Yusuf Qardhawy dan Muhammad Al-Ghazali.
Penerbit : Jasmin Enterprise, P.O. Box No 12649 , 50786 Kuala Lumpur
Tebal : 276 ms
Harga: RM15.00
ISBN 983-2087-20-1
Ramai orang keliru apakah yang dikatakan ‘bid’ah’. Buku yang dihasilkan oleh ulama ulung ini menyajikan perbahasan yang mudah untuk difahami, praktikal dan realistic dengan mengambilkira perkembangan semasa. Setiap dari kita patut memiliki buku ini kerana manafaatnya amat banyak.
Di bawah ialah di antara petikan menarik (dengan sedikit pengubahsuaian) dari bahagian pertama (bid'ah) buku yang amat berharga ini: klik