SYIAH PEMBUNUH
SAYYIDINA HUSAIN DI
Saringan oleh www.darulkautsar.com dari artikel asal oleh Maulana Muhammad Asri Yusoff
Seorang tokoh Islam yang terkenal di Pakistan, Maulana Ali Ahmad Abbasi menulis
di dalam bukunya "Hazrat Mu'aawiah Ki Siasi Zindagi" bahawa di dalam
sejarah Islam, ada dua orang yang sungguh kontroversial. Seorang
daripadanya Amirul Mukminin Yazid yang makin lama makin dimusnahkan imejnya
walaupun semasa hayatnya beliau diterima baik oleh tokoh - tokoh utama di zaman
itu. Seorang lagi ialah Mansor Al Hallaj. Di zamannya dia telah dihukum sebagai mulhid, zindiq dan salah
seorang daripada golongan qaramithah oleh masyarakat Islam yang membawanya
disalib. Amirul Mukminin Al Muqtadir billah telah
menghukumkan beliau murtad berdasarkan fatwa sekalian ulama dan fuqaha' yang
hidup pada waktu itu, tetapi imejnya semakin cerah tahun demi tahun sehingga
akhirnya telah dianggap sebagai salah seorang ' aulia illah'.
Bagaimanapun semua ini adalah permainan khayalan dan fantasi
manusia yang jauh daripada berpijak di bumi yang nyata. Semua ini
adalah akibat daripada tidak menghargai dan
memberikan penilaian yang sewajarnya kepada
pendapat
orang - orang pada zaman mereka masing - masing .
Pendapat tokoh - tokoh dari kalangan sabahat dan tabi'in yang sezaman dengan
Yazid berdasarkan riwayat - riwayat yang muktabar dan sangat kuat kedudukannya
menjelaskan kepada kita bahawa Yazid adalah seorang anak muda yang bertaqwa,
alim, budiman, saleh dan pemimpin ummah yang sah dan disepakati
kepemimpinannya. Baladzuri umpamanya dalam "Ansabu Al Asyraf"
mengatakan bahawa, " Bila Yazid dilantik menjadi
khalifah maka
Abdullah bin Abbas,
seorang tokoh dari Ahlul Bait berkata : " Sesungguhnya anaknya Yazid
adalah daripada keluarga yang saleh. Oleh itu tetaplah kamu berada di tempat -
tempat duduk kamu dan berilah ketaatan dan bai'ah kamu kepadanya" ( Ansabu Al Asyraf,
jilid
4 , m.s. 4 ).
Sejarawan Baladzuri adalah di antara ahli sejarah yang setia
kepada para Khulafa' Abbasiah. Beliau telah mengemukakan kata - kata
Ibnu Abbas ini di hadapan mereka dan menyebutkan pula sebelum nama Yazid '
Amirul Mukminin' .
Abdullah Ibn Umar yang dianggap sebagai orang tua di kalangan sahabat pada masa
itu pula bersikap tegas terhadap orang - orang yang menyokong pemberontakan
yang dipimpin oleh Ibn Zubair terhadap kerajaan Yazid dan sikap yang begini
disebut di dalam Sahih Bukhari bahawa,
bila penduduk Madinah membatalkan bai'ah mereka terhadap Yazid bin Muawiyah
maka Ibn Umar mengumpulkan anak pinak dan sanak saudaranya lalu berkata, "
Saya pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, " Akan dipacakkan bendera
untuk setiap orang yang curang ( membatalkan bai'ahnya ) pada hari kiamat.
Sesungguhnya kita telah berbai'ah kepadanya dengan nama
Allah dan RasulNya. Sesungguhnya saya tidak mengetahui kecurangan yang lebih
besar daripada kita berbai'ah kepada seseorang dengan nama Allah dan RasulNya , kemudian kita bangkit pula memeranginya. Kalau
saya tahu ada sesiapa daripada kamu membatalkan bai'ah kepadanya dan turut
serta di dalam pemberontakan ini , maka terputuslah
perhubungan di antaraku dengannya". ( Sahih
Bukhari -Kitabu Al Fitan )
Sebenarnya jika dikaji sejarah permulaan Islam kita dapati
pembunuhan Sayyidina Husain di zaman pemerintahan Yazidlah yang merupakan fakta
terpenting mendorong segala fitnah dan keaiban yang dikaitkan dengan Yazid
tidak mudah ditolak oleh generasi kemudian. Hakikat inilah yang
mendorong lebih banyak cerita - cerita palsu tentang Yazid diada-adakan oleh
musuh-musuh Islam . Tentu sekali orang yang membunuh
menantu Rasulullah s.a.w yang tersayang - dibelai oleh Rasulullah dengan penuh
kasih sayang semasa hayatnya kemudian ditatang pula dengan menyebutkan
kelebihan dan keutamaan - keutamaannya di dalam hadis-hadits Baginda- tidak
akan dipandang sebagai seorang yang berperi kemanusiaan apalagi untuk
mengatakannya seorang soleh , budiman, bertaqwa dan pemimpin umat Islam .
Kerana itulah cerita - cerita seperti Yazid sering kali minum arak , seorang
yang suka
berfoya - foya, suka mendengar
muzik dan menghabiskan waktu dengan penari - penari , begitu juga beliau adalah
orang terlalu rendah jiwanya sehingga suka bermain dengan monyet dan kera ,
terlalu mudah diterima oleh umat Islam kemudian.
Tetapi soalnya, benarkah Yazid membunuh Sayyidina Husain?
Atau benarkah Yazid memerintahkan supaya Sayyidina Husain
dibunuh di
Selagi tidak dapat ditentukan siapakah pembunuh Sayyidina Husain yang
sebenarnya dan terus diucapkan ' Yazidlah pembunuhnya' tanpa soal selidik yang
mendalam dan teliti , maka selama itulah nama Yazid akan terus tercemar dan dia
akan dipandang sebagai manusia yang paling malang. Tetapi bagaimana jika yang
membunuh Sayyidina Husain itu bukan Yazid ? Kemanakah
pula akan kita bawakan segala tuduhan - tuduhan liar ,
fitnah dan caci maki yang selama ini telah kita sandarkan pada Yazid itu
?
Jika kita seorang yang cintakan keadilan, berlapang dada ,
sudah tentu kita akan berusaha untuk membincangkan segala keburukan yang
dihubungkan kepada Yazid selama ini dan kita pindahkannya ke halaman rumah
pembunuh- pembunuh Sayyidina Husain yang sebenar. Apalagi jika kita seorang
Ahlus Sunnah Wal Jamaah, sudah tentu dengan dengan adanya bukti-bukti yang kuat
dan kukuh daripada sumber - sumber rujukan muktabar dan berdasarkan prinsip -
prinsip aqidah yang diterima di kalangan Ahlus Sunnah , kita akan terdorong
untuk membersihkan Yazid daripada segala tuduhan dan meletakkannya ditempat
yang istimewa dan selayak dengannya di dalam rentetan sejarah awal Islam .
Sekarang marilah kita pergi ke tengah - tengah
PEMBUNUH SAYYIDINA HUSAIN ADALAH SYIAH KUFAH
Terlebih dahulu kita akan menyatakan dakwaan kita secara terus terang dan
terbuka bahawa pembunuh Sayyidina Husain yang sebenarnya bukanlah Yazid tetapi
adalah golongan Syiah Kufah .
Dakwaan ini
berdasarkan beberapa fakta dan bukti - bukti daripada
sumber-sumber rujukan sejarah yang muktabar. Kita akan membahagi-bahagikan
bukti - bukti yang akan dikemukakan nanti kepada dua bahagian
:
(1) Bukti - bukti utama
(2) Bukti - bukti sokongan
I. BUKTI - BUKTI UTAMA
Dengan adanya bukti-bukti utama ini, tiada
mahkamah yang dibangunkan untuk mencari kebenaran dan mendapatkan keadilan akan
memutuskan Yazid sebagai pesalah dan sebagai penjenayah yang bertanggungjawab
di dalam pembunuhan Sayyidina Husain. Bahkan Yazid akan
dilepaskan dengan penuh penghormatan dan akan terbongkarlah rahsia yang selama
ini menutupi pembunuh - pembunuh Sayyidina Husain yang sebenarnya di
Bukti pertamanya ialah pengakuan Syiah Kufah sendiri bahawa merekalah yang
membunuh Sayyidina Husain . Golongan
Syiah Kufah yang mengaku telah membunuh Sayyidina Husain itu kemudian muncul
sebagai golongan "At Tawwaabun" yang kononnya menyesali tindakan
mereka membunuh Sayyidina Husain. Sebagai cara bertaubat
, mereka telah berbunuh-bunuhan sesama mereka seperti yang pernah
dilakukan oleh orang - orang Yahudi sebagai pernyataan taubatnya kepada Allah
kerana kesalahan mereka menyembah anak lembu sepeninggalan Nabi Musa ke Thur
Sina .
Air mata darah yang dicurahkan oleh golongan "At Tawaabun" itu masih
kelihatan dengan jelas pada lembaran sejarah dan tetap tidak hilang walaupun
Pengakuan Syiah pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain ini diabadikan oleh ulama -
ulama Syiah yang merupakan tunggak dalam agama mereka seperti Baaqir Majlisi,
Nurullah Syustri dan lain - lain di dalam buku mereka masing - masing.
Baaqir Majlisi menulis :
"Sekumpulan orang - orang Kufah terkejut oleh satu suara ghaib. Maka
berkatalah mereka, " Demi Tuhan! Apa yang telah
kita lakukan ini tak pernah dilakukan oleh orang lain .
Kita telah membunuh "Ketua Pemuda Ahli Syurga" kerana Ibn Ziad anak
haram itu . Di sini mereka mengadakan janji setia di
antara sesama mereka untuk memberontak terhadap Ibn Ziad tetapi tidak berguna apa - apa". ( Jilaau
Al'Uyun , m.s. 430 )
Qadhi Nurullah Syustri pula menulis di dalam bukunya Majalisu Al'Mu'minin
bahawa selepas sekian lama ( lebih kurang 4 atau 5 tahun ) Sayyidina Husain
terbunuh, ketua orang - orang Syiah mengumpulkan orang - orang Syiah dan
berkata , " Kita telah memanggil Sayyidina Husain dengan memberikan janji
akan taat setia kepadanya , kemudian kita berlaku curang dengan membunuhnya . Kesalahan kita sebesar ini tidak akan diampunkan kecuali kita
berbunuh-bunuhan sesama kita ". Dengan itu berkumpullah sekian
ramai orang - orang Syiah di tepi Sungai Furat sambil mereka membaca ayat yang
bermaksud, " Maka bertaubatlah kepada Tuhan yang
telah menjadikan kamu dan bunuhlah dirimu. Itu adalah lebih
baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu ". ( Al Baqarah :54 ). Kemudian mereka
berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Inilah golongan yang
dikenali dalam sejarah Islam dengan gelaran "At Tawaabun".
Sejarah tidak melupai dan tidak akan melupai peranan Syits bin Rab'ie di dalam
pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala . Tahukah anda
siapa itu Syits bin Rab'ie? Dia adalah seorang Syiah pekat, pernah menjadi duta
kepada Sayyidina Ali di dalam peperangan Siffin, sentiasa bersama Sayyidina Husain . Dialah juga yang menjemput
Sayyidina Husain ke Kufah untuk mencetuskan pemberontakan terhadap kerajaan
pimpinan Yazid, tetapi apakah yang telah dilakukan olehnya?
Sejarah memaparkan bahawa dialah yang mengepalai 4,000 orang
bala tentera untuk menentang Sayyidina Husain dan dialah orang yang mula - mula
turun dari kudanya untuk memenggal kepala Sayyidina Husain. ( Jilaau Al'Uyun dan Khulashatu Al Mashaaib,
m.s. 37 )
Adakah masih ada orang yang ragu - ragu tentang Syiahnya Syits bin Rab'ie dan
tidakkah orang yang menceritakan perkara ini ialah Mulla Baaqir Majlisi ,
seorang tokoh Syiah terkenal ? Secara tidak langsung ia bermakna pengakuan daripada
pihak Syiah sendiri tentang pembunuhan itu .
Lihatlah pula kepada Qais bin Asy'ats ipar Sayyidina Husain yang tidak diragui
tentang Syiahnya tetapi apa kata sejarah tentangnya?
Bukankah sejarah mendedahkan kepada kita bahawa itulah orang yang merampas
selimut Sayyidina Husain dari tubuhnya selepas selesai pertempuran
? (Khulashatu Al Mashaaib , m.s. 192 )
Selain daripada pengakuan mereka sendiri yang membuktikan merekalah sebenarnya
pembunuh- pembunuh Sayyidina Husain, kenyataan saksi - saksi yang turut serta
di dalam rombongan Sayyidina Husain sebagai saksi-saksi hidup di Karbala yang
terus hidup selepas peristiwa ini juga membenarkan dakwaan ini termasuk
kenyataan Sayyidina Husain sendiri yang sempat dirakamkan oleh sejarah sebelum
beliau terbunuh . Sayyidina Husain berkata dengan menujukan kata-katanya kepada
orang- orang Syiah Kufah yang siap sedia bertempur dengan beliau
:
" Wahai orang - orang Kufah ! Semoga kamu dilaknat
sebagaimana dilaknat maksud- maksud jahatmu. Wahai orang - orang yang
curang, zalim dan pengkhianat! Kamu telah menjemput kami
untuk membela kamu di waktu kesempitan tetapi bila kami datang untuk memimpin
dan membela kamu dengan menaruh kepercayaan kepadamu maka sekarang kamu
hunuskan pedang dendammu kepada kami dan kamu membantu musuh-mush di dalam
menentang kami ". ( Jilaau Al'
Uyun, ms 391 ).
Beliau juga berkata kepada Syiah :
" Binasalah kamu ! Bagaimana boleh kamu menghunuskan perang dendammu dari
sarung - sarungnya tanpa sebarang permusuhan dan perselisihan yang ada di
antara kamu dengan kami ? Kenapakah
kamu siap sedia untuk membunuh Ahlul Bait tanpa sebarang sebab? " ( Ibid ).
Akhirnya beliau mendoakan keburukan untuk golongan Syiah yang sedang berhadapan
untuk bertempur dengan beliau :
" Ya Allah! Tahanlah keberkatan bumi dari mereka dan selerakkanlah mereka . Jadikanlah hati-hati pemerintah
terus membenci mereka kerana mereka menjemput kami dengan maksud membela kami
tetapi sekarang mereka menghunuskan pedang dendam terhadap kami ". ( Ibid )
Beliau juga dirakamkan telah mendoakan keburukan untuk mereka dengan kata -
katanya: "Binasalah kamu ! Tuhan akan membalas bagi pihakku di dunia dan di akhirat……..Kamu
akan menghukum diri kamu sendiri dengan memukul pedang - pedang di atas tubuhmu
dan mukamu akan menumpahkan darah kamu sendiri. Kamu tidak akan
mendapat keberuntungan di dunia dan kamu tidak akan sampai kepada hajatmu. Apabila mati nanti sudah tersedia azab Tuhan untukmu di akhirat.
Kamu akan menerima azab yang akan diterima oleh orang - orang
kafir yang paling dahsyat kekufurannya". ( Mulla
Baqir Majlisi - Jilaau Al'Uyun, m.s. 409 ).
Daripada kata - kata Sayyidina Husain yang dipaparkan oleh sejarawan Syiah
sendiri, Mulla Baqir Majlisi , dapat disimpulkan bahawa :
(i) Diayah yang disebarkan oleh musuh - musuh Islam menerusi penulisan sejarah
bahawa pembunuhan Ahlul Bait di Karbala merupakan balas dendam dari Bani
Umayyah terhadap Ahlul Bait yang telah membunuh pemimpin - pemimpin Bani
Umayyah yang kafir di dalam peperangan Badar , Uhud, Siffin dan lain - lain
tidak lebih daripada propaganda kosong semata-mata kerana pembunuh - pembunuh
Sayyidina Husain dan Ahlul Bait di Karbala bukannya datang dari Syam, bukan
juga dari kalangan Bani Umayyah tetapi dari kalangan Syiah Kufah .
(ii) Keadaan Syiah yang sentiasa diburu dan dihukum oleh kerajaan - kerajaan
Islam di sepanjang sejarah membuktikan termakbulnya doa
Sayyidina Husain di
(iii) Upacara menyeksa tubuh badan dengan memukul tubuhnya dengan rantai, pisau
dan pedang pada 10 Muharram dalam bentuk perkabungan yang dilakukan oleh
golongan Syiah itu sehingga mengalir darah juga merupakan bukti diterimanya doa
Sayyidina Husain dan upacara ini dengan jelas dapat dilihat hingga sekarang di
dalam masyarakat Syiah .
Adapun di kalangan Ahlus Sunnah tidak pernah wujud upacara
yang seperti ini dan dengan itu jelas menunjukkan bahawa merekalah golongan
yang bertanggungjawab membunuh Sayyidina Husain.
(iv) Betapa kejam dan kerasnya hati golongan ini dapat dilihat pada tindakan
mereka menyembelih dan membunuh Sayyidina Husain bersama dengan sekian ramai
ahli keluarganya walaupun setelah mendengar ucapan dan doa keburukan untuk
mereka yang dipinta oleh beliau . Itulah
dia golongan yang buta mata hatinya dan telah hilang kewarasan pemikirannya
kerana sebaik saja mereka selesai membunuh, mereka melepaskan kuda Zuljanah
yang ditunggangi Sayyidina Husain sambil memukul-mukul tubuh untuk menyatakan
penyesalan. Dan inilah dia upacara perkabungan pertama
terhadap kematian Sayyidina Husain yang pernah dilakukan di atas muka bumi ini
sejauh pengetahuan sejarah. Dan hari ini tidakkah anak cucu golongan ini
meneruskan upacara perkabungan ini setiap kali tibanya 10 Muharram
?
Ali Zainal Abidin anak Sayyidina Husain yang turut serta di dalam rombongan ke
Kufah dan terus hidup selepas berlakunya peristiwa itu pula berkata kepada
orang - orang Kufah lelaki dan perempuan yang merentap dengan
mengoyak-ngoyakkan baju mereka sambil menangis, dalam keadaan sakit beliau
dengan suara yang lemah berkata kepada mereka, " Mereka ini menangisi
kami. Tidakkah tidak ada orang lain yang membunuh kami selain mereka ?" ( At Thabarsi - Al
Ihtijaj, m.s. 156 ).
Pada halaman berikutnya Thabarsi menukilkan kata - kata Imam Ali Zainal Abidin
kepada orang - orang Kufah. Kata beliau , " Wahai
manusia ( orang - orang Kufah)! Dengan Nama Allah aku bersumpah untuk bertanya kamu , ceritakanlah! Tidakkah kamu sedar bahawasa kamu
mengutuskan
Sayyidatina Zainab , saudara perempuan Sayyidina
Husain yang terus hidup selepas peristiwa itu juga mendoakan keburukan untuk
golongan Syiah Kufah. Katanya, " Wahai orang -
orang Kufah yang khianat, penipu! Kenapa kamu menangisi kami
sedangkan air mata kami belum lagi kering kerana kezalimanmu itu. Keluhan kami belum lagi terputus oleh kekejamanmu. Keadaan kamu tidak ubah seperti perempuan yang memintal benang
kemudian dirombaknya kembali. Kamu juga telah merombak
ikatan iman dan telah berbalik kepada kekufuran...Adakah kamu meratapi kami
padahal kamu sendirilah yang membunuh kami. Sekarang kamu pula menangisi
kami . Demi Allah ! Kamu akan banyak menangis dan sedikit ketawa. Kamu
telah membeli keaiban dan kehinaan untuk kamu. Tompokan
kehinaan ini sama sekali tidak akan hilang walau dibasuh dengan air
apapun". (Jilaau Al ' Uyun, ms 424 ).
Doa anak Sayyidatina Fatimah ini tetap menjadi kenyataan dan berlaku di
kalangan Syiah hingga ke hari ini .
Ummu Kulthum anak Sayyidatina Fatimah pula berkata sambil menangis di atas
segedupnya, " Wahai orang - oang Kufah! Buruklah hendaknya keadaanmu. Buruklah
hendaklah rupamu. Kenapa kamu menjemput saudaraku Husain kemudian tidak
membantunya bahkan membunuhnya, merampas harta bendanya dan menawan orang -
orang perempuan dari ahli rumahnya . Laknat Allah ke atas kamu dan semoga kutukan Allah mengenai
mukamu".
Beliau juga berkata, " Wahai orang - orang Kufah
! Orang - orang lelaki dari kalangan kamu membunuh kami
sementara orang - orang perempuan pula menangisi kami. Tuhan akan memutuskan di antara kami dan kamu di hari kiamat
nanti". ( Ibid , ms 426 - 428 )
Sementara Fatimah anak perempuan Sayyidina Husain pula berkata, " Kamu telah membunuh kami dan merampas harta benda
kami kemudian telah membunuh datukku Ali ( Sayyidina Ali ). Sentiasa darah -
darah kami menitis dari hujung - hujung pedangmu……Tak lama lagi kamu akan menerima balasannya. Binasalah kamu! Tunggulah nanti
azab dan kutukan Allah akan berterusan menghujani
kamu. Siksaan dari langit akan memusnahkan kamu akibat
perbuatan terkutukmu. Kamu akan memukul tubuhmu dengan pedang
- pedang di dunia ini dan di akhirat nanti kamu akan terkepung dengan azab yang
pedih ".
Apa yang dikatakan oleh Sayyidatina Fatimah bt. Husain ini dapat dilihat dengan
mata kepala kita sendiri di mana - mana Syiah berada .
Dua bukti utama yang telah kita kemukakan tadi, sebenarnya
sudah mencukupi untuk kita memutuskan siapakah sebenarnya pembunuh Sayyidina
Husain di Karbala. Daripada keterangan dalam kedua - dua bukti yang lalu
dapat kita simpulkan beberapa perkara :
1. Orang - orang yang menjemput Sayyidina Husain ke Kufah untuk memberontak
adalah Syiah.
2. Orang - orang yang tampil untuk bertempur dengan rombongan Sayyidina Husain
di Karbala itu juga Syiah.
3. Sayyidina Husain dan orang - orang yang ikut serta di dalam rombongannya
terdiri daripada saudara- saudara perempuannya dan anak-anaknya menyaksikan
bahwa Syiahlah yang telah membunuh mereka .
4. Golongan Syiah Kufah sendiri mengakui merekalah yang membunuh di samping
menyatakan penyesalan mereka dengan meratap dan berkabung kerana kematian orang
- orang yang dibunuh oleh mereka .
Mahkamah di dunia ini menerima keempat - empat perkara yang
tersebut tadi sebagai bukti yang kukuh dan jelas menunjukkan siapakah pembunuh
sebenar di dalam sesuatu kes pembunuhan, iaitu bila pembunuh dan yang terbunuh
berada di suatu tempat, ada orang menyaksikan ketika mana pembunuhan itu
dilakukan. Orang yang terbunuh sendiri menyaksikan tentang pembunuhnya
dan kemuncaknya ialah pengakuan pembunuh itu sendiri .
Jika keempat - empat perkara ini sudah terbukti dengan jelas dan diterima oleh
semua mahkamah sebagai kes pembunuhan yang cukup bukti - buktinya, maka
bagaimana mungkin diragui lagi tentang pembunuh- pembunuh Sayyidina Husain itu ?
II. BUKTI-BUKTI SOKONGAN
Walaubagaimanapun kita akan mengemukakan lagi beberapa
bukti sokongan supaya lebih menyakinkan kita tentang golongan Syiah itulah
sebenarnya pembunuh Sayyidina Husain. Di antaranya ialah :
1. Tidak sukar untuk kita terima mereka sebagai pembunuh Sayyidina Husain
apabila kita melihat kepada sikap mereka yang biadap terhadap Sayyidina Ali dan
Sayyidina Hasan sebelum itu. Begitu juga sikap mereka yang biadap terhadap
orang - orang yang dianggap oleh mereka sebagai Imam selepas
Sayyidina Husain. Bahkan terdapat banyak pula bukti yang menunjukkan merekalah
yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan beberapa orang Imam walaupun mereka
menuduh orang lain sebagai pembunuh Imam- imam itu dengan menyebar luaskan
propaganda- propaganda mereka terhadap tertuduh itu .
Di antara kebiadapan mereka terhadap Sayyidina Ali ialah mereka menuduh
Sayyidina Ali berdusta dan mereka pernah mengancam untuk membunuh Sayyidina Ali . Bahkan Ibnu Muljim yang kemudiannya membunuh Sayyidina
Ali itu juga mendapat latihan serta didikan untuk menentang Sayyidina Utsman di
Mesir dan berpura - pura mengasihi Sayyidina Ali . Dia
pernah berkhidmat sebagai pengawal Sayyidina Ali selama beberapa tahun di
Madinah dan Kufah .
Di dalam Jilaau Al' Uyun disebutkan
bahawa Abdul Rahman Ibn Muljim adalah salah seorang daripada kumpulan yang
terhormat yang telah dikirimkan oleh Muhammad bin Abu Bakr dari Mesir . Dia
juga telah berbai'ah dengan memegang tangan Sayyidina Ali dan dia juga berkata
kepada Sayyidina Hasan, " Bahawa aku telah
berjanji dengan Tuhan untuk membunuh bapamu dan sekarang aku menunaikannya. Sekarang wahai Hasan jika engkau mahu membunuhku, bunuhlah.
Tetapi kalau engkau maafkan aku , aku akan pergi
membunuh Muawiyah pula supaya engkau terselamat daripada kejahatannya". ( Jilaau Al U'yun, ms 218 )
Tetapi setelah golongan Syiah pada ketika itu merasakan perancangan mereka
semua akan gagal apabila perjanjian damai di antara pihak Sayyidina Ali dan
Muawiyah dipersetujui, maka golongan Syiah yang merupakan musuh-mush Islam yang
menyamar atas nama Islam itu memikirkan diri mereka tidak selamat apabila
perdamaian antara Sayyidina Ali dan Muawiyah berlaku. Maka
segolongan dari mereka telah mengasingkan diri daripada mengikuti Sayyidina Ali
dan mereka menjadi golongan Khawarij sementara segolongan lagi tetap berada
bersama Sayyidina Ali. Perpecahan yang berlaku ini sebanarnya satu
taktik mereka untuk mempergunakan Sayyidina Ali demi kepentingan mereka yang
jahat itu dan untuk berselindung di sebalik beliau daripada hukuman kerana
pembunuhan Khalifah Utsman .
Sayyidina Hasan pula pernah ditikam oleh golongan Syiah
pehanya sehingga tembus kemudian mereka menunjukkan pula kebiadapannya terhadap
Sayyidina Hasan dengan merampas harta bendanya dan menarik kain sejadah yang
diduduki oleh Sayyidina Hasan. Ini semua tidak lain melainkan kerana
Sayyidina Hasan telah bersedia untuk berdamai dengan
pihak Sayyidina Muawiyah. Bahkan bukan sekadar itu
saja mereka telah menuduh Sayyidina Hasan sebagai orang yang menghinakan orang
- orang Islam dan sebagai orang yang menghitamkan muka orang - orang Mukmin.
Kebiadapan Syiah dan kebusukan hatinya ditujukan juga kepada Imam Jaafar As Shadiq bila seorang Syiah yang sangat setia kepada Imam
Jaafar As Shadiq iaitu Rabi' menangkap Imam Jaafar As Shadiq dan membawanya
kehadapan Khalifah Al-Mansur supaya dibunuh. Rabi' telah memerintahkan anaknya
yang paling keras hati supaya menyeret Imam Jaafar As
Shadiq dengan kudanya. Ini tersebut di dalam kitab Jilaau Al ' Uyun
karangan Mulla Baqir Majlisi .
Di dalam kitab yang sama pengarangnya juga menyebutkan
kisah pembunuhan Ali Ar Ridha iaitu Imam yang ke lapan di sisi Syiah, bahawa
beliau telah dibunuh oleh
Sabih Dailamy,
seorang Syiah kental dengan perintah Al Makmun. Bagaimanapun diceritakan bahawa
selepas dibunuh itu Imam Ar Ridha dengan mukjizatnya terus hidup kembali dan tidak
ada langsung kesan - kesan pedang di tubuhnya .
Bagaimanapun Syiah telah menyempurnakan tugasnya untuk
membunuh Imam Ar Ridha. Oleh itu tidaklah hairan golongan yang sampai
begini biadapnya terhadap Imam-imam boleh membunuh Sayyidina Husain tanpa belas
kasihan di
Boleh jadi kita
2. Di antara bukti yang menunjukkan tidak ada peranan Yazid dalam pembunuhan
Sayyidina Husain di Karbala, bahkan golongan Syiahlah yang bertanggungjawab
membunuh beliau bersama dengan ramai orang - orang yang ikut serta di dalam
rombongan itu, ialah adanya hubungan persemendaan di antara Bani Hasyim dan
Bani Umayyah, selepas berlakunya peperangan Siffin dan juga selepas berlakunya
peristiwa pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala .
Tidak mungkin orang - orang yang bermaruah seperti kalangan Ahlul Bait akan
berkahwin dengan orang - orang yang diketahui oleh mereka sebagai pembunuh -
pembunuh atau orang - orang yang bertanggungjawab di dalam membunuh ayah , datuk
atau bapa saudara mereka Sayyidina Husain. Hubungan ini selain daripada menunjukkan
pemerintah - pemerintah dari kalangan Bani Muawiyah dan Yazid sebagai orang
yang tidak bersalah di dalam pembunuhan ini , ia juga menunjukkan mereka adalah
golongan yang banyak berbudi kepada Ahlul Bait dan sentiasa menjalinkan ikatan
kasih sayang di antara mereka dan Ahlul Bait .
Di antara contoh hubungan persemendaan ini ialah:
(1) Anak perempuan Sayyidina Ali sendiri bernama Ramlah telah berkahwin dengan
anak Marwan bin Al-Hakam yang bernama Muawiyah iaitu saudara kepada Amirul
Mukminin Abdul Malik bin Marwan. ( Ibn Hazm-Jamharatu
Al Ansab, m.s. 80 )
(2) Seorang lagi anak perempuan Sayyidina Ali berkahwin dengan Amirul Mukminin
Abdul Malik sendiri iaitu khalifah yang ke empat daripada kerajaan Bani Umaiyah.
( Al Bidayah Wa An Nihayah, jilid 9 m.s. 69 )
(3) Seorang lagi anak perempuan Sayyidina Ali iaitu Khadijah berkahwin dengan
anak gabenor 'Amir bin Kuraiz dari Bani Umaiyah bernama Abdul Rahman . ( Jamharatu An
Ansab, m.s.
68 ). ' Amir bin Kuraiz adalah gabenor bagi pihak
Muawiyah di Basrah dan dalam peperangan Jamal dia berada di pihak lawan
Sayyidina Ali .
Cucu Sayyidina Hasan pula bukan seorang dua yang telah berkahwin dengan
pemimpin - pemimpin kerajaan Bani Umaiyah bahkan sejarah telah mencatatkan 6
orang daripada cucu beliau telah berkahwin dengan mereka iaitu :-
(1) Nafisah bt Zaid bin Hasan berkahwin dengan Amirul Mukminin Al Walid bin
Abdul Malik bin Marwan .
(2) Zainab bt Hasan Al Mutsanna bin Hasan bin Ali juga telah berkahwin dengan
Khalifah Al Walid bin Abdul Malik . Zainab ini adalah
di antara orang yang turut serta di dalam rombongan Sayyidina Husain ke Kufah
dan dia adalah salah seorang yang menyaksikan peristiwa pembunuhan Sayyidina
Husain di Karbala dengan mata kepalanya sendiri .
(3) Ummu Qasim bt Hasan Al Mutsanna bin Hasan bin Ali berkahwin dengan cucu
Sayyidina Uthman iaitu Marwan bin Aban . Ummu Qasim
ini selepas kematian suaminya Marwan berkahwin pula dengan Ali Zainal Abidin
bin Al Husain .
(4) Cucu perempuan Sayyidina Hasan yang keempat telah berkahwin dengan anak
kepada Marwan bin Al-Hakam iaitu Muawiyah .
(5) Cucu Sayyidina Hasan yang kelima bernama Hammaadah bt Hasan Al Mutsanna
berkahwin dengan anak saudara Amirul Mukminin Marwan bin Al Hakam iaitu Ismail
bin Abdul Malik .
(6) Cucu Sayyidina Hasan yang keenam bernama Khadijah bt Husain bin Hasan bin
Ali juga pernah berkahwin dengan Ismail bin Abdul Malik yang tersebut tadi
sebelum sepupunya Hammaadah .
Perlu diingat bahawa semua mereka yang tersebut ada meninggalkan zuriat .
Dari kalangan anak cucu Sayyidina Husain pula ramai yang telah menjalinkan
perkahwinan dengan individu - individu dari keluarga Bani Umaiyah , antaranya
ialah :-
(1) Anak perempuan Sayyidina Husain yang terkenal bernama Sakinah. Selepas
beberapa lama terbunuh suaminya Mus'ab bin Zubair, beliau telah berkahwin
dengan cucu Amirul Mukminin Marwan iaitu Al Asbagh bin Abdul Aziz bin Marwan .
Asbagh ini adalah saudara kepada Amirul Mukminin Umar bin Abdul Aziz sedangkan
isteri Asbagh yang kedua ialah anak kepada Amirul Mukminin Yazid iaitu Ummu
Yazid. ( Jamharatu Al -Ansab )
(2) Sakinah anak Sayyidina Husain yang tersebut tadi pernah juga berkahwin
dengan cucu Sayyidina Uthman yang bernama Zaid bin Amar bin Uthman
.
Sementara anak cucu kepada saudara - saudara Sayyidina Husain iaitu Abbas bin
Ali dan lain - lain juga telah mengadakan perhubungan persemendaan dengan
keluarga Umaiyah . Di antaranya yang boleh disebutkan ialah :-
Cucu perempuan kepada saudara Sayyidina Husain iaitu Abbas bin Ali bernama
Nafisah bt Ubaidillah bin Abbas bin Ali berkahwin dengan cucu Amirul Mukminin
Yazid yang bernama Abdullah bin Khalid bin Yazid bin Muawiyah. Datuk kepada
Nafisah ini iaitu Abbas bin Ali adalah di antara orang yang ikut serta dalam
rombongan Sayyidina Husain ke Kufah. Beliau terbunuh dalam pertempuran di
Sekiranya benar cerita yang diambil oleh ahli -ahli sejarah dari Abu Mukhnaf ,
Hisyam dan lain - lain tentang kezaliman Yazid di Karbala yang dikatakan telah
memerintah supaya tidak dibenarkan setitik pun air walaupun kepada kanak -
kanak yang ikut serta dalam rombongan Sayyidina Husain itu sehingga mereka mati
kehausan apakah mungkin perkahwinan di antara cucu kepada Abbas ini berlaku
dengan cucu Yazid . Apakah kekejaman - kekejaman yang tidak ada tolak
bandingnya seperti yang digambarkan di dalam sejarah boleh dilupakan begitu mudah oleh anak - anak cucu
orang - orang yang teraniaya di
Perkahwinan mereka membuktikan kisah - kisah kezaliman yang dilakukan oleh
tentera Yazid ke atas rombongan Sayyidina Husain itu
cerita - cerita rekaan oleh Abu Mukhnaf, Al Kalbi dan anaknya Hisyam dan lain -
lain .
Cucu perempuan kepada saudara Sayyidina Husain, Muhammad bin Ali ( yang terkenal
dengan Muhammad bin Hanafiyah) bernama Lubabah berkahwin dengan Said bin
Abdullah bin Amr bin Said bin Al Ash bin Umaiyah .
Ayah kepada Lubabah ini ialah Abu Hisyam Abdullah yang dipercayai sebagai imam
oleh Syiah Kaisamyyah .
Demikianlah serba ringkasnya dikemukakan hubungan persemendaaan yang berlaku di
antara Bani Umaiyyah dan Bani Hasyim terutamanya dari anak cucu Sayyidina Ali,
Hasan dan Husain. Hubungan persemendaan di antara mereka
sangat banyak terdapat di dalam kitab-kitab Ansab dan sejarah. Maklumat lebih lanjut boleh
dirujuk dari kitab - kitab seperti Jamratu Al Ansab ,
Nasbu Quraisy , Al Bidayah Wa An Nihayah , Umdatu Al Thalib Fi Ansab Aal Abi
Thalib dan lain - lain .
Jika dilihat dari sudut riwayat pula ,
cerita - cerita berkenaan peristiwa
Buku - buku tersebut penuh dengan gambaran - gambaran yang berlebih-lebihan dan
benar-benar mencerminkan method ahli cerita. Banyak pula
cerita - cerita itu hasil rekaannya sendiri. Kumpulan tulisan Abi
Mikhnaf inilah yang menjadi sumber rujukan utama at Thabari dalam tarikhnya
yang terkenal dengan " Tarikhu Al Uman Wa Al
Muluk" atau " Tarikh Thabari ". Di dalam kitabnya itu Thabari
seringkali mengulangi kata - kata "Qaala Abu
Mikhnaf " yakni " Berkata Abu Mikhnaf ".
Ahli - ahli sejarah yang datang kemudian pula bersandar terus kepada Thabari
dan dengan itu cereka - cereka Abu Mikhnaf ini semakin mendapat tempat di dalam
sejarah .
Ketika peristiwa
Sekarang marilah pula kita melihat kedudukan Abu Mikhnaf ini pada pandangan
tokoh - tokoh Ilmu Rijal kerana dengan bercerminkan Ilmu Rijal kita dapat
melihat rupa paras sebenar pewarta sesuatu cerita. Mukanya
akan kelihatan kepada kita melalui cermin ini , sama
ada cantik atau hodoh. Imam Zahabi dalam " Mizan
Al I'tidal " menulis tentang Abu Mikhnaf ini katanya , " Tidak boleh
dipercayai ". Abu Halim dan lain - lain ulama jarh dan ta'dil telah
meninggalkannya ( tidak menerima riwayatnya ).
Daaraqutni berkata, "Dia seorang yang lemah" .
Ibnu Ma'in berkata : "Dia seorang yang tidak
boleh dipercayai". Murrah berkata, "Dia seorang yang tidak bernilai
", dan Ibu Adiy berkata : "Dia adalah
seorang Syiah yang hangus, ahli mereka cerita ".
Imam As Suyuti di dalam Al Laaliu Al Masnuu'ah menghukum Abu Mikhnaf dan
seorang lagi ahli cerita sepertinya iaitu Al Kalbi dengan berkata
: " Lut ( Abu Mikhnaf ) dan Al Kalbi adalah dua orang pendusta
besar". Pengarang " Taajul Arus " pula
memperkenalkan Abu Mikhnaf dengan mengatakan : " Dia adalah seorang ahli
cerita Syiah, rosak dan ditinggalkan riwayatnya ". Berkenaan dengan
Muhammad As Saaib Al Kalbi pula Ibnu Hibban berkata : " Kalbi adalah seorang
Saba'i ( orang yang mengikut jejak langkah Abdullah bin
Begitu juga kedudukan anaknya Hisyam. Dia adalah
seorang yang tidak diterima periwayatannya oleh ulama Rijal ,
bahkan mereka telah menghukumnya sebagai pendusta besar. Ringkasnya
beginilah kedudukan dan latar belakang pewarta-pewarta kisah
Bukti sokongan keempat yang menunjukkan pembunuh - pembunuh Sayyidina Husain
dan orang - orang yang menghadapi beliau dengan lengkap bersenjata sebagai
musuh itu adalah Syiah Kufah dapat juga dipastikan melalui nama yang disebutkan
oleh Sayyidina Husain dan yang ditujukan ucapannya, kepadanya seperti :
i. Sulaiman bin Surad Khuza'i
ii. Musaiyyab bin Najabah
iii. Abdullah bin Sa'ad
iv. Abdullah bin Wall
v. Rafa'ah bin Syaddad
vi. Syabat bin Rab'i
vii. Hajjar bin Abjar
viii. Yazid bin Harits
ix. Urwah bin Qais
x. Amar bin Hajjaj
xi. Hur bin Yazid
Al Majlisi sendiri mengakui bahawa orang - orang mukmin dan Syiah seperti
Sulaiman bin Surad Khuza'i, Musaiyyab bin Najabah, Rafa'ah bin Syaddad , Habib
bin Mudzaahir dan lain - lain itulah yang mengutuskan surat pertama kepada
Sayyidina Husain dengan menyebutkan di dalamnya Sayyidina Muawiyah sebagai "Al
Jabbar Al ' Anid" ( diktator yang keras kepala ).
Di antara yang ditulis oleh mereka ialah , "
Sekarang kami tidak mempunyai imam dan ketua . Tuan datanglah
kepada kami. Kami akan memberikan sepenuh-penuh
taat setia kepada tuan. Sebaik sahaja tuan datang,
kami akan menghalau keluar Nu'man bin Basyir Gabenor Kufah daripada Kufah ini. Wassalam ". ( Jilaau Al Uyun ,
m.s. 356 ).
Perkara yang sama juga tersebut di dalam kitab
'Muntaha al Aamaal' jilid 1 m.s. 303. Lihat juga 'Tarikh At Thabari' jilid 4 m.s.
261 - 262 , 'Al Kamil Fi At Tarikh' jilid 3 m.s. 266 .
Selepas Bismillah, " Bahawa segeralah sampai kepada kalangan teman - teman
dan pengikut - pengikut tuan. Semua kami telah pun bersiap sedia menanti tuan ".
Selepas itu Syabats bin Rab'i , Hajjar bin Abjar ,
Yazid bin Harits , Urwah bin Qais , Amar bin Hajjaj dan Muhamamd bin Umair At
Tamimi pula mengirimkan
Walaupun begitu Sayyidina Husain masih teragak - agak menyambut seruan mereka
sehinggalah sampai surat - surat mereka kepada beliau sebanyak lebih kurang
12,000 pucuk dan terlalu ramai pula datang orang - orang yang diutuskan oleh
penduduk Kufah. Pada ketika itu barulah Sayyidina Husain membalas
"
Apabila menyebut nama orang - orang ini mungkin ada orang berkata bahawa, " Mereka itu sebenarnya adalah orang - orang yang setia
kepada Ibn Ziad dan kerajaan. Mereka hanya menyamar sebagai
Syiah, bukannya Syiah yang sebenar, semata - mata untuk memerangkap Sayyidina
Husain. Kerana itulah mudah sekali mereka mengarahkan pemberontak -
pemberontak yang berkumpul di hadapan kediaman Gabenor Ibn Ziad di Kufah dan
kemudian tampil pula di
Maka sebagai jawapannya kita akan berkata , "
Alasan seperti ini mungkin boleh diterima oleh orang - orang Ahlus Sunnah dan
juga orang - orang yang tidak mempunyai kepercayaan tentang Imamah. Tetapi orang -
orang yang mempercayai para Imam itu mempunyai satu buku daftar nama - nama 'syiah' berserta nama - nama ayah mereka, andaian
ini tertolak sama sekali. Kerana itulah di dalam 'Kitab Al Kafi' jilid 1 m.s.
223 dinukilkan kata - kata Imam Ar Ridha bahawa , " Kami memang mengenali
seseorang apabila kami melihatnya sama ada ia seorang mukmin atau ia seorang
munafik, dan sesungguhnya 'syiah' kami tertulis nama mereka bersama nama - nama
ayah mereka (dalam buku catatan yang ada pada kami )".
Demikian juga tersebut di dalam kitab 'Al Ihtijaj Thabarsi ' tentang ciri - ciri
seseorang Imam bahawa, " Padanya ada satu daftar yang tertulis di dalamnya
nama - nama 'syiah'nya hingga qiamat" . ( 'Al
Ihtijaj' , jilid 2 , m.s. 437 ).
Jadi bagaimanakah Sayyidina Husain yang dipercayai sebagai imam oleh orang -
orang Syiah itu tidak akan mengetahui pula 'syiah'nya (
pengikutnya ) yang menjemput beliau untuk memberontak itu ? Masakan
beliau akan mendedahkan diri kepada bahaya yang mengancam negara beliau dan
ahli keluarganya sendiri di dalam perjalanan itu !
Bukti sokongan kelima yang menunjukkan pembunuh - pembunuh Sayyidina Husain
adalah orang - orang Syiah Kufah adalah nasihat orang - orang tua dari kalangan
sahabat dan juga sanak saudara beliau agar tidak terpengaruh dengan golongan
Syiah itu . Mereka mengingatkan Sayyidina Husain tentang pengkhianatan dan
kebiadaban Syiah terhadap abang dan ayah beliau pada masa - masa yang lalu .
Sebagai contohnya di sini akan dikemukakan nasihat
beberapa sahabat beliau. Di antaranya ialah :-
a) Abu Sa' id Al Khudri menceritakan bahawa, " Husain
telah mendorong saya supaya memberontak. Maka saya pun
berkata kepadanya; Bertaqwalah kepada Allah di dalam hatimu. Tetaplah
duduk di rumahmu dan janganlah engkau memberontak terhadap Imammu ( Khalifah Yazid )". ( 'Al
Bidayah Wa An Nihayah', jilid 8 , m.s. 163 )
b) Abu Waqid Al Laitsi menceritakan tindakannya menghalang Sayyidina Husain
untuk berangkat ke Kufah dengan katanya, " Maka aku menahannya daripada
keluar memberontak dengan nama Allah kerana orang yang memberontak bukan dengan
sebab yang wajar adalah orang yang keluar membunuh diri sendiri ". ( Ibid , m.s. 163 )
c) Jaabir bin Abdillah berkata , " Aku telah menasihati Husain dengan
kataku; Bertaqwalah kepada Allah dan janganlah engkau memperlagakan sebahagian
orang dengan sebahagian yang lain ". ( Ibid ).
d) Sementara Ibn Umar yang dipanggil dengan gelaran ' Syeikh As Sahabah ' pula
menasihati Sayyidina Husain dengan katanya, " Bertaqwalah
kepada Allah. Janganlah engkau memecah belahkan perpaduan
ummat Islam". ( 'Tarikh At Thabari' ,
jilid 4, m.s. 254 )
e) Ibn Abbas yang dianggap sebagai orang tua dari kalangan Ahlul Bait pada masa
itu juga puas menasihati Sayyidina Husain seperti juga orang - orang lain tetapi tidak
didengar oleh Sayyidina Husain. Mengikut apa yang dikemukakan oleh At Thabari, sampai
begini kata - kata Ibn Abbas, " Demi Allah! Kalau aku yakin engkau akan menurut kata - kataku dengan menyentap
rambutmu dan memegang tengkokmu sehingga semua orang melihat keadaan itu,
nescaya aku lakukan". ('Tarikh At Thabari' ,
jilid 4 , m.s. 288 )
Aku Bakar bin Al Harits bin Hisyam pula menasihati Sayyidina Husain dengan katanya , " Bagaimana engkau akan berangkat demi
menyahut jemputan orang - orang yang telah memberontak dan menderhaka terhadap
ayah dan abangmu. Bukankah engkau sendiri telah menyaksikan apa yang telah
mereka lakukan terhadap abangmu sesudah ayahmu? Apakah dengan mereka engkau akan memerangi penduduk Syam dan
Hadis - hadis Syiah yang diriwayatkan daripada Imam - imam maksum juga
membuktikan bahawa pembunuhan Sayyidina Husain dan keluarganya dari awal hingga
akhir telah berlaku di tangan orang - orang Syiah dan kerana ini mereka
terpaksa menderita bencana dan malapetaka besar hingga ke hari ini . Di dalam " Usul Kafi " tersebut satu riwayat daripada Abu
Hamzah Ats Tsumali katanya, " Aku mendengar Muhammad Al Baqir berkata ,
" Wahai Tsabit ! Sesungguhnya Allah Tabarakawataala
telah menentukan kemunculan Imam Mahdi pada tahun 70H tetapi apabila Husain
terbunuh maka murkalah Allah ke atas penduduk bumi lalu ditundakan
kemunculannya kepada tahun 140H. Kami ceritakan kepada
kamu tetapi kamu heboh - hebohkan cerita kami. Kamu
singkapkan tabir rahsia kerana itulah Allah tidak menentukan lagi waktu
kemunculannya kepada kita ". Berkata Abu Hamzah, "
Maka aku kemukakan perkara ini kepada Jaafar As Shadiq, oleh beliau diakui
bahawa memang begitulah yang terjadi ". ('Al
usul Min Al Kafi' , jilid 1, m.s. 368 )
Daripada hadis Syiah ini dapat difahamkan bahawa pembunuh - pembunuh Sayyidina
Husain itu sememangnya orang - orang Syiah . Jika
tidak tentulah kemunculan Imam Mahdi pada tahun 70H yang ditentukan Tuhan itu
tidak ditundakan kerana tidakkah kemunculan Imam Mahdi itu merupakan nikmat dan
rahmat kepada golongan Syiah ? Bukankah mengikut kepercayaan Syiah kedatangan
Imam Mahdi akan menghadiahkan kerajaan dan pemerintahan kepada orang - orang
Syiah di seluruh dunia ? Kalaulah pembunuh - pembunuh
Sayyidina Husain itu bukan Syiah , kenapa pula mereka
dihadang daripada mendapat nikmat itu ? Bukankah dengan mengatakan begitu
bererti kita mencabar keadilan Tuhan yang dicanang oleh golongan Syiah sebagai
Rukun Iman mereka ? Kenapa pula orang lain yang
membuat onar tetapi yang menanggung rugi ialah Syiah ?
Ya, mungkinlah ada satu lagi jalan hadapan kita untuk melepaskan Syiah daripada
pembunuhan Sayyidina Husain iaitu kerana terbunuhnya Husain itu Tuhan begitu
murka sehingga tidak dapat membezakan lagi siapa ' kekasih' dan siapa ' musuh'
Nya sehingga telah memutuskan keberuntungan kepada pihak musuh dan kerugian
pula kepada pihak kekasih dengan menundakan kemunculan Imam Mahdi!!!
Untuk dikatakan Yazid melalui Gabenor Ubaidullah bin Ziad dan panglimanya Umar
membunuh Sayyidina Husain, selain daripada ianya bercanggah dengan kenyataan -
kenyataan dan bukti - bukti yang telah dikemukakan sebelum ini, ia juga
bercanggah dan bertentangan dengan pesanan yang telah diberikan oleh Muawiyah
kepada Yazid tentang Sayyidina Husain dan pesanan itu dicatatkan oleh Thabari
di dalam " Tarikh"nya bahawa, " Adapun Husain bin Ali maka
penduduk Iraq sekali - kali tidak akan melepaskannya sehinggalah mereka
mengeluarkannya untuk memberontak. Maka sekiranya ia keluar
memberontak terhadapmu dan engkau dapat menangkapnya maka maafkan lah dia
kerana beliau mempunyai pertalian rahim yang sangat hampir dengan kita dan juga
mempunyai hak yang sangat besar". ( 'Tarikh
At Thabari' , jilid 4 , ms 238 )
Di tempat yang lain dinukilkan begini , "
Sekiranya engkau menangkapnya maka maafkanlah dia kerana jika aku sendiri
menghadapi perkara ini necsaya aku memaafkan dia juga ". ( Ibid jilid 4 m.s. 239 )
Perkara yang sama juga telah disebutkan oleh Mullah Baqir di dalam kitabnya " Jilaau Al Uyun ". Walaupun
selepas mengemukakan pesanan ini Mulla Baqir menyatakan pendapatnya bahawa
wasiat yang diberikan oleh Muawiyah kepada Yazid itu bukanlah kerana memikirkan
Sayyidina Husain tetapi untuk menjaga kerajaan Yazid. Kerananya Muawiyah
telah pun mengetahui bahawa dengan membunuh Sayyidina Husain akan
hancurlah kerajaan Yazid. Tetapi ini tidak lebih daripada dakwaan semata - mata
tanpa disokong oleh dalil yang kukuh dan memberikan kunci ilmu ghaib pula
kepada Muawiyah . Kalaulah Muawiyah memang berniat
begitu, kenapakah beliau tidak mengatakan terus terang kepada Yazid bahawa, " Jangan sekali - kali engkau membunuh Husain kerana
pembunuhannya menandakan kehancuran kerajaanmu". Walau bagaimanapun
pesanan Muawiyah itu telah dikemukakan juga oleh beliau seperti mana ahli -
ahli sejarah yang lain.
Yazid pula di dalam pesanannya terhadap gabenornya Ibn Ziad menekankan begini : " "Saya mendapat tahu bahawa Husain telah pun
menuju ke
Pesanan ini menunjukkan tindakan Yazid yang bijaksana sebagai
pemimpin negara yang mahukan keamanan dan ketenteraman di dalam negaranya.
Begitu juga terdapat arahan di dalamnya kepada Gabenor Ibnu
Ziad supaya
tidak memulakan perang terhadap pihak lawannya dan jika diserang pula, maka
langkah - langkah yang mempertahankan diri perlulah diambil. Kata - kata
Yazid yang berbunyi , "Tetapi janganlah engkau
perangi kecuali orang yang memerangimu", merobohkan sama sekali cerita
palsu yang memuatkan kezaliman dan kekejaman oleh pihak kerajaan Yazid terhadap
Sayyidina Husain. Begitu juga mana mungkin kekejaman dan tindakan yang melampau
terhadap rombongan Sayyidina Husain itu dilakukan oleh Ibn Ziad, gabenor Yazid
di Kufah dalam keadaan terdapat pula surat daripada Marwan, bekas Gabenor
Madinah, kepadanya yang berpesan dengan sungguh - sungguh berbunyi :
" Sesungguhnya Husain bin Ali anak Fatimah telah pun menuju ke arahmu dan
Fatimah adalah anak perempuan Rasulullah s.a.w. Demi Allah ! Tidak
ada seorang pun yang lebih dikasihi kami daripada Husain. Semoga Allah menyelamatkannya . Oleh itu waspadalah.
Jangan sekali-kali kerana kemarahan engkau melakukan sesuatu
yang tidak dapat diubati dan tidak dapat dilupakan oleh ummat sampai akhir
zaman. Wassalam". ( 'Al
Bidayah Wa An Nihayah', jilid 8, m.s. 165; 'Naasikhu At Tawarikh', jilid 6 ,
m.s. 212 ).
Selain dari itu kalaulah Yazid
bertanggungjawab di dalam pembunuhan Sayyidina Husain itu maka mengapakah pula
rombongan - rombongan sanak - saudara Sayyidina Husain yang masih hidup selepas
peristiwa Karbala itu dibawa oleh bala tentera Yazid ke Syam dengan penuh
penghormatan ? ( Al Akhbaru At Thiwal m.s. 200 )
Zainab saudara Sayyidina Husain misalnya, setelah berada di Syam dan mendapat
bermacam - macam kemudahan dan layanan yang baik daripada pihak kerajaan Yazid
tidak mahu lagi pergi kemana - mana hatta pulang ke Madinah apa lagi akan
pergi ke Iraq atau Kufah . Ali Zainal Abidin pula dilaporkan oleh ahli - ahli
sejarah sebagai seorang yang amat setia kepada Yazid dan tidak terlibat dalam
mana - mana pemberontakan oleh mana - mana pihak sesudah itu sama ada
pemberontakan oleh pihak Ibnu Zubair atau pihak Mukhtar bin Abi Ubaid Ats
Tsaqafi (yang bangkit memberontak dengan alasan membela Ahlul Bait !)
----------------------------------------------- ------------ ------------
Umar bin Saad telah dikaitkan dengan pembunuhan Sayyidina Husain kerana beliau
adalah anak kepada salah sahabat agung Rasulullah s.a.w. , Saad bin Abi Waqqas
r.a. Kejujuran dan kebaikan Umar bin Saad ini dapat kita lihat di celah - celah
kitab sejarah yang bercampur baur di antara kebenaran dan kebatilan.
Muslim bin 'Aqil mengamanahkan
kepadanya untuk menyampaikan pesan kepada Sayyidina Husain (sebelum
sampai ke Kufah) tentang kecurangan golongan Syiah yang sebelum itu telahpun
mengadakan janji setia dengannya. Umar bin Saad telah menyampaikan amanah Muslim
bin 'Aqil itu kepada Sayyidina Husain. ( Akbary At Thiwal m.s. 354 ).
Selepas mendapat maklumat ini Sayyidina Husain tidak mahu lagi meneruskan
perjalanannya ke Kufah dan terus membelok ke kiri mengambil jalan Syam atau
Karbala yang berada di jalan yang menuju ke Syam, bukan jalan yang menuju
ke Kufah. Sementara Ibnu Ziad pula dengan senang hati membenarkan Umar bin Saad
yang diketahuinya sangat bersimpati dan kasih kepada Husain untuk membawa amanah
Muslim bin 'Aqil kepada Husain yang sedang dalam perjalanan ke Kufah itu ( Al
Bidayah Wa An Nihayah).
Ini jelas menunjukkan bahawa Sayyidina Husain telahpun membatalkan maksud
asalnya untuk memberontak terhadap kerajaan Yazid dan telahpun menunjukkan
kesediaanya untuk berbai'ah kepada Yazid. Ini jelas kita lihat di dalam kitab -
kitab sejarah di mana Sayyidina Husain telah diberi pilihan oleh pihak kerajaan
( melalui Umar bin Saad) bahawa sama ada beliau berpatah balik ke Mekah atau
pergi kemana - mana perbatasan negeri atau mengalihkan arah tujuannya ke Syam
untuk berbai'ah kepada Yazid .
Jika salah satu daripada tiga perkara ini dipilih oleh Sayyidina Husain, beliau
dan rombongannya tidak akan sekali kali diganggu dan diceroboh , apalagi
akan dibunuh. ( (Umdau At Thalib Fi Ansab Aal Thalib, m.s. 179; At
Thabari jilid 4 m.s 313 )
Tidak mungkin sama sekali kita menerima Umar bin Saad telah melakukan keganasan
dan penghinaan sebegitu rupa sebagaimana yang dinyatakan di dalam buku - buku
sejarah kerana kerana bertentangan dengan riwayat oleh Abu Mikhnaq Lut bin
Yahya sendiri bahawa perawi berkata , " Seolah - olah aku masih lagi nampak
airmata Umar bin Saad yang mengalir membasahi pipi dan janggutnya". ( Tarikh
At Thabari jilid 4 m.s. 245 )
Orang yang sekejam dan seganas seperti yang digambarkan oleh sejarah itu tidak
mungkin akan menangisi kematian orang yang dibunuhnya sampai begitu sekali
bahkan sebaliknya tangisannya itu menunjukkan kesedihannya yang amat sangat di
atas kematian Sayyidina Husain yang telah dibunuh secara aniaya itu .
Selain dari itu Umar bin Saad ini telah disebut oleh Ibn Saad di dalam "
Thabaqat "nya dalam senarai thabaqah yang pertama dari kalangan tabiin
penduduk Madinah .
Hafidz Ibn Hajar pula menyenaraikan nama - nama orang - orang yang meriwayatkan
hadis daripadanya. Kata Hafidz Ibn Hajar, " Umar bin Saad bin Abi Waqqas Az
Zuhri Abu Hafas Al Madani" tinggal di Kufah. Beliau telah meriwayatkan hadis
daripada ayahnya dan dari Abi Sa'id Al Khudri. Sementara orang - orang yang
meriwayatkan hadis - hadis daripadanya ialah anaknya Ibrahim dan cucunya Abu
Bakar bin Hafas, Abu Ishaq As-Sabi'i , Aizar bin Hiraits, Yazid bin Abi Maryam,
Qatadah, Suhri , Yazid bin Abi Habib dan lain - lain lagi .
'Ijli berkata, " Beliau meriwayatkan beberapa hadis daripada ayahnya dan beliau
adalah seorang tabii yang tsiqah ( yang dipercayai ) ". ( Tahzibu At Tahzib
jilid7 m.s 396 )
Kenyataan Hafidz Ibn Hajar ini menunjukkan bahawa Umar bin Saad adalah seorang
yang dipercayai oleh ulama mutaqaddimin yang digolongkan sebagai orang - orang
yang kepercayaan dalam periwayatan mereka . Sekiranya keganasan dan kezalimannya
terhadap Sayyidina Husain dan rombongannya memang benar - benar berlaku seperti
yang digambarkan oleh buku - buku sejarah maka bagaimanakah orang - orang besar
yang merupakan tonggak dalam periwayatan hadis menerimanya sebagai seorang yang
adil lagi tsiqah ? Kenyataan ini juga menunjukkan bahawa kisah - kisah kezaliman
yang dihubungkan kepada Umar bin Saad ini belum lagi popular pada ketika itu dan
tidak diterima oleh ahli ilmu dan cerdik pandai Islam .
Sebenarnya, orang - orang Syiah yang ikut serta dalam rombongan Sayyidina Husain
sebagai pengiring mereka seramai lebih kurang 60 orang itu tidak akan senang
hati dengan keputusan Sayyidina Husain untuk membai'ah Yazid kerana bila
Sayyidina Husain berbaiah kepada Yazid mereka sudah pasti akan dibunuh.
Sekiranya ini terjadi akan musnahlah segala perancangan mereka untuk
menghancurkan perpaduan umat Islam pada ketika itu iaitu dengan tertangkapnya
orang - orang yang terlibat dalam pemberontakan tersebut dan dengan terkumpulnya
seluruh baiah kepada Yazid .
Apa yang kita ketahui hari ini sebagai peristiwa Karbala yang menyayatkan hati
setiap Muslim yang cintakan Rasulullah s.a.w dan Ahlul Baitnya sebenarnya
disebabkan oleh golongan Syiah yang mengiringi Sayyidina Husain di samping
golongan Syiah yang datang dari Kufah . Merekalah yang bertanggungjawab membunuh
Sayyidina Husain dengan tujuan untuk terus mengharubirukan suasana dan
memecah belahkan kesatuan umat . Untuk mencapai tujuan ini mereka telah
mencanangkan Yazid sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan
Sayyidina Husain di Karbala.
Begitulah perangai mereka , setelah membunuh seseorang mereka letakkan dosa
pembunuhan itu ke atas orang lain. Sebagai buktinya, kita boleh lihat kenyataan
seorang pengarang sejarah Syiah di dalam bukunya " Umdatu At Talib " di
mana beliau menulis begini :
" Setelah mendengar berita pembunuhan Muslim , maka Husain mahu berpatah balik
tetapi anak - anak ' Aqil enggan berbuat begitu . Maka beliaupun terus mara ke
hadapan sehingga sampai tidak jauh dari Kufah . Di situ beliau berhadapan dengan
Hur bin Yazid Ar Riahi (seorang Syiah ) dengan 1,000 pasukan berkudanya . Husain
enggan meneruskan perjalananannya ke Kufah dan beliau membelok ke arah Syam
dengan maksud untuk menemui Yazid bin Muawiyah tetapi bila beliau sampai di
Karbala beliau ditahan dari meneruskan perjalanannya ke Syam dan dipaksa supaya
pergi ke Kufah menurut perintah Ubaidullah bin Ziad tetapi Husain tetap enggan
dan tetap memilih jalan yang membawa mereka ke Syam ". ( Umdatu At Thalib Fi
Ansab aal Abi Thalib, m.s. 179 )
Kalaupun dikatakan juga Yazid yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan Sayyidina
Husain dan sebahagian ahli rombongannya ke Kufah itu ( walaupun sebelum ini
telah terbukti bahawa Yazid bebas daripada tuduhan pembunuhan itu ) maka
bukankah ada juga hujah bagi Yazid untuk bertindak demikian berdasarkan perintah
Nabi s.a.w. di dalam sabdanya yang bermaksud :
" Apabila telah dibai'ahkan dua khalifah maka bunuhlah yang terkemudian daripada
dua itu ". (Sahih Muslim )
Begitu juga Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud :
" Jika seseorang tampil untuk menentang seseorang khalifah ( yang sudah dilantik
) dengan mendakwa sebagai khalifah , maka penggallah leher orang yang mendakwa
khalifah itu ".(Muslim, Abu Daud , Nasai, Ahmad , Ibn Majah )
Nabi s.a.w. . juga bersabda bermaksud :
" Sesiapa juga yang datang kepadamu dalam keadaan kamu sudah berbai'ah kepada
seseorang, dia mahu memecahkan perpaduan kamu atau menyelerakkan perpaduan di
antara kamu, maka bunuhlah dia ". ( Sahih Muslim )
Begitu juga Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud :
" Nanti akan berlaku fitnah yang besar- besar. Maka jika ada sesiapa mahu
menyelerakkan urusan umat ini ketika mana mereka telahpun bersepakat, maka
penggallah lehernya dengan pedang , biar siapapun dia itu ". ( Muslim )
Mungkin ada yang terkeliru apabila melihat kedudukan Sayyidina Husain yang
begitu istimewa berbanding Yazid, maka haruslah Sayyidina Husain memberontak
terhadap Yazid. Kekeliruan seperti ini seharusnya akan hilang dengan adanya
hadis-hadis daripada Rasulullah s.a.w.. seperti yang bermaksud :
" Turutlah dan taatilah ( pemerintahmu ) walaupun dilantik memerintah kamu
seorang hamba Habsyi yang kepalanya bagaikan buah anggur ". ( Bukhari , Muslim,
Nasai, Ahmad, Ibn Majah )
Begitu juga menurut apa yang diriwayatkan oleh Ubadah bin As Shamit bahawa ,
"Rasulullah s.a.w. memanggil kami dan kami berbai'ah kepadanya untuk menurut dan
mematuhi pemerintah".
Sama ada kami suka atau tidak suka, sama ada sukar ataupun mudah untuk kami
menurutinya dan sehingga kami mengorbankan apa saja untuknya, kami juga
berbai'ah untuk tidak menentang pemerintah kecualilah jika pemerintah itu
melakukan kekufuran secara terang-terangan dan kamu pula mempunyai bukti yang
terang daripada Allah tentangnya . ( Sahih Bukhari & Muslim )
Kedua - dua hadis ini menjelaskan bahawa seseorang pemimpin itu wajib ditaati
dan tidak boleh memberontak terhadapnya biar dalam keadaan bagaimana sekalipun
kecualilah jika pemerintah itu telah melakukan kekufuran secara terang -
terangan seperti yang tersebut di dalam hadis ini . Oleh itu di manakah letaknya
kewajaran menentang beliau (Yazid) dan memberontak terhadapnya ?
Berdasarkan hadis - hadis ini juga tidakkah wajar bagi Yazid bertindak
menghalang pemberontakan yang berlaku ( walaupun usaha ini sampai menumpahkan
darah ) ? Jika diandaikan Sayyidina Husain berada di tempat Yazid sebagai
khalifah maka apakah yang seharusnya beliau lakukan ke atas pemberontak yang
mahu merampas kuasa daripadanya ? Bukankah dia akan bertindak mempertahankan
kedudukannya sebagai khalifah yang telah dibai'ahkan oleh umat dengan
menumpaskan pemberontakan yang berlaku walaupun dengan menumpahkan darah mereka.
Jika beliau bertindak begitu , bukankah kita tetap akan berkata , " Bahawa
beliau tidak melampaui batas dalam tindakannya itu kerana sememangnya ada
perintah Rasulullah s.a.w berhubung dengan tindakan terhadap pemberontakan atau
orang yang mendakwa sebagai khalifah setelah diberikan ba'iah kepada seseorang
sebagai khalifah sebelumnya ?"
Kerana itulah kita lihat dalam sejarah tidak ada seorangpun sahabat yang turut
serta dalam pemberontakan yang dicetuskan oleh Sayyidina Husain, bahkan mereka
telah berusaha sedaya upaya menghalang Sayyidina Husain dari maksudnya itu .
Perlu diingat bahawa pada masa itu terdapat masih ramai lagi sahabat Rasulullah
s.a.w. ( Syeikh Muhammad Al Khudhari Bey - Itmamu AL Qafa' Fi Seerati Al
Khulafa', m.s 14 )
Demikian juga dari kalangan sanak - saudaranya hanya sebilangan kecil sahaja
daripada mereka yang ikut serta dalam rombongan itu . Iparnya Abdullah bin
Jaafar At Thayyan, suami kepada saudara perempuan Sayyidina Husain yang bernama
Zainab, telah bercerai dengan isterinya kerana berbeza pendapat dengan isterinya
dan tidak bersetuju dengan maksud Sayyidina Husain itu.
Disini mungkin pula timbul persoalan iaitu , kenapa pula kita mengambil
kenyataan dari riwayat yang menyatakan pembunuh-pembunuh Sayyidina Husain adalah
Syiah Kufah dan bukannya pihak Yazid sebagimana yang sering didengari dan
disebarkan selama ini?
Maka untuk menjawab persoalan ini kita akan berkata bahawa , " Riwayat yang
mengatakan pihak Yazid sebagai pembunuh Sayyidina Husain di Karbala itu 90%
daripadanya adalah berpunca daripada Abu Mikhnaf Lut bin Yahya dan orang - orang
seperti Muhammad bin As Saaib Al Kalbi dan anaknya Hisyam yang telah dikenali
oleh ulama Rijal sebagai orang - orang Syiah. Bahkan mereka disebutkan sebagai "
Saba'i " (pengikut Abdullah Ibn Saba' )"
Riwayat-riwayat yang menyebutkan Syiah Kufah sebagai pihak yang bertanggungjawab
dalam pembunuhan Sayyidina Husain itu juga diriwayatkan oleh Syiah . Bahkan
kenyataan - kenyataan ini tersebut di dalam kitab - kitab mereka yang " asal ".
Jadi kedua - dua riwayat ini adalah berpunca daripada Syiah (pengikut Ibn Saba'
yang terkutuk itu) , mereka menyimpan bersama mereka fakta yang sebenarnya
tetapi untuk mengelirukan umat Islam terutamanya golongan Ahlus Sunnah Wal
Jamaah dan umat manusia seluruhnya, mereka mencipta kisah - kisah
yang menggambarkan Yazid sebagai pihak yang bertanggungjawab di dalam
pembunuhan itu . Orang - orang dari kalangan mereka seperti Abu Mikhnaf Lut bin
Yahya, Al Kalbi, Al Waqidi dan lain - lain mencipta kisah ini untuk dikemukakan
kepada ahli - ahli sejarah Ahlus Sunnah Wal Jamaah seperti At Thabari dan lain -
lain .
Dan apa yang dikemukakan oleh Thabari itu telah mendapat sambutan yang baik
daripada masyarakat kerana beliau dipercayai sebagai orang Ahlus Sunnah wal
Jamaah yang bersikap sederhana dalam penyusunan kitab sejarahnya. Dengan begitu
, berjayalah puak-puak Syiah ini dalam perancangan mereka yang halus itu.
Berabad lamanya mereka berpesta keriangan lantaran tertipunya Ahlus Sunnah dan
manusia semuanya .
Walau bagaimanapun , kebenaran tetap akan terserlah jua akhirnya. Seperti
matahari yang ditutupi awan tebal untuk beberapa lama tetapi akhirnya tetap akan
memancarkan sinarnya yang terang .
Golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang terperangkap dengan tipu daya Syiah ini
adalah golongan yang meninggalkan dua sumber yang dijamin oleh Rasulullah s.a.w
. iaitu Al-Quran dan Al Hadis .
Mereka itu sebenarnya adalah orang - orang yang malang kerana menganggap Al-Quran
dan As Sunnah tidak berperanan dalam mengemukakan fakta - fakta sejarah
sepertimana peranannya di dalam mengemukakan hukum - hukum agama .
Adapun Ahlus Sunnah wal Jamaah yang berpegang teguh dengan kedua - duanya , sama
sekali mereka tidak akan terkeliru dan terpedaya dengan kepalsuan sejarah yang
disebarkan oleh musuh - musuh Islam.
Di dalam Sahih Bukhari misalnya akan kita temui riwayat dari Ibn Umar yang
dengan jelas mengatakan golongan Syiah Kufah atau orang Iraq lah yang telah
membunuh cucu Rasulullah s.a.w., Sayyidina Husain, iaitu ketika beliau ditanya
oleh seorang penduduk Iraq tentang apakah fidyahya orang yang berihram
yang membunuh lalat ? Maka sebagai menjawabnya beliau berkata, " Orang Iraq
bertanya tentang membunuh lalat padahal mereka telah membunuh cucu Rasulullah
s.a.w . ( Sahih Bukhari , jilid 1, m.s 530 )
Riwayat ini menunjukkan bahawa para sahabat yang masih hidup pada ketika itu
tidak menganggap pembunuhan Sayyidina Husain di Karbala berlaku mengikut
perintah Yazid bahkan mereka menganggap orang Iraq atau orang- orang Kufahlah
yang bertanggungjawab membunuh Sayyidina Husain, kerana itulah sikap mereka
terhadap Yazid dapat dilihat dengan jelas iaitu mereka tetap setia kepadanya dan
tidak terlibat dalam pemberontakan - pemberontakan terhadapnya yang dicetuskan
oleh Ibn Zubair atau Mukhtar bin Abi' Ubaid Ats Tsaqafi .
Di zaman kemudian daripada generasi sahabat pula , walaupun sudah agak meluas
tersebarnya riwayat - riwayat yang menuduh Yazid sebagai pembunuh Sayyidina
Husain, namun rata-rata masyarakat pada masa itu masih tidak terpedaya dengannya
. Sebagai contohnya dapat dilihat pada pandangan Imam Ghazali tentang Yazid dan
juga orang yang membunuh atau menyuruh membunuh Sayyidina Husain. Kata beliau ,
" Dan Yazid, Islamnya baik, tidak benar pendapat yang mengatakan beliau membunuh
Sayyidina Husain atau beliau menyuruh orang membunuhnya atau beliau senang hati
dengan pembunuhan itu . Oleh itu , apabila tidak benar pembunuhan itu
dilakukannya , maka haramlah berprasangka buruk terhadapnya . Allah s.w.t
berfirman bermaksud :
" Jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu
adalah dosa ".
Nabi S.A.W. bersabda :
" Sesungguhnya Allah mengharamkan darah, harta dan kehormatan setiap orang
Muslim ( dari dicerobohi) "
Orang yang menyangka Yazid telah memerintahkan supaya membunuh Sayyidina Husain
dan senang hati pula dengan pembunuhannya adalah terlalu bodoh kerana orang -
orang besar, menteri - menteri dan raja - raja yang terbunuh di zamannya tidak
diketahuinya siapakah pembunuhnya, yang memerintahkan pembunuhan, siapa yang
senang hati dan siapa pula yang tidak senang hati, walaupun pembunuhan itu
berlaku tidak jauh daripada tempatnya dan semasa hidupnya, bagaimana pula dia
akan mengetahui pembunuhan yang telah berlaku di satu negeri yang jauh dan pada
satu masa yang telah lama pula ? Bagaimana dia mengetahui peristiwa yang telah
berlaku hampir 400 tahun yang lampau di suatu tempat yang jauh ditambah pula
oleh adanya perasaan ta'sub dan cerita - cerita palsu berhubung dengan peristiwa
ini ?
Tentu sekali peristiwa ini tidak dapat diketahui hakikatnya sama sekali dan
apabila kita tidak mengetahui hakikatnya, maka wajiblah kita menyimpan sangka
baik terhadap setiap orang Islam - Imam Al Ghazali ( Ihya' Ulummuddin
jilid 7 m.s 488 dan Ibn Khallikan - Wafayaatu Al A'yan jilid 3 m.s 288 -
289 )
Begitulah pendapat Imam Ghazali dan juga muridnya Ibnul Arabi di dalam bukunya "
Al Awaasim Min Al Qawaasim ". Dengan meletakkannya di hadapan
semua kenyataan - kenyataan sebelum ini, hendaknya tidak ada lagi orang yang
ragu tentang bersihnya Yazid daripada tuduhan liar ini dan terungkaplah sudah
rahsia pembunuh - pembunuh sebenar Sayyidina Husain di Karbala .
Seorang penyair Urdu berkata :
qarib he abltoroze mehsyar
chupe ga kusyton/ka khun kiunkar
agar na boli/zubane khaujar
lahu pukarelga aasetin ka
bermaksud :
hari mashyur sudahpun hampir
darah orang - orang terbunuh takkan tersembunyi lagi
kalaupun lidah khanjar tidak berkata
percikan darah di lengan - lengan baju pasti akan menjadi saksi
Dan akhir sekali renungi firman Allah S.W.T. ini yang bermaksud :
" Dan ingatlah ) ketika kamu membunuh seorang manusia lalu kamu saling tuduh
menuduh tentang pembunuhan itu dan Allah hendak menyingkapkan apa yang selama
ini kamu sembunyikan ". ( Al Baqarah : 72 )