|
Telah menjadi
menjadi sesuatu yang masyhur di kalangan orang awam, mereka
selalu membaca hadis : Inna likulli syai-in qalban wa
-qalbul quraan yaasiin."Maksudnya,"Bagi setiap sesuatu itu
ada hatinya, hati bagi al-Quran ini ialah Yasin."Hadis ini
sebenarnya diriwayatkan oleh al-Imam at -Tirmizi, dengan
beliau mengingatkan bahawa di dalam sanad ataupun rangkaian
para periwayat hadis ini ada seorang yang bernama Harun bin
Abi Muhammad, syaikhul majhul-seorang yang tidak dikenali.
Para
penganalisa hadis yang terdiri di kalangan para ulamak hadis
menyemak sanad dan riwayat hadis ini dan menyimpulkan
bahawasanya hadis ini adalah hadis yan palsu. Ini seperti
yang disebut oleh Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani (rahimahullahu
Ta'ala) di dalam kitabnya Silsilatul Ahadithi al-Maudhu' ah
wad-Dha'ifah. Di dalamnya dinyatakan bahawasanya hadis ini
adalah palsu.
Kita
hendaklah ingat bahawasanya hadis palsu adalah haram
diriwayatkan oleh seseorang melainkan hendaklah diterangkan
tentang kepalsuannya.Ini seperti yang disebut oleh Imam
Ibnus Solah di dalam kitabnya yang masyhur berhubung dengan
ilmu hadis, yang dikenali sebagai 'Muqaddimah Ibnus Solah'.
Di dalamnya dinyatakan bahawasanya haram seseorang
meriwayatkan hadis palsu melainkan hendaklah diterang
tentang kepalsuannya.
Hadis-hadis palsu ini muncul kerana seseoarng menyandarkan
kepada Nabi SAW apa yang baginda tidak ucapkan. Mereka
mengada-ngada dan mereka-reka ucapan -ucapan nabi ataupun
pebuatan Nabi yang tidak sama sekali pernah dilakukan oleh
Rasullullah SAW .Ulamak-ulamak hadis mengesan
kepalsuan mereka, mengesan para periwayat yang memalsukan
hadis ini. Inilah kepentingan ilmu hadis. Baginda SAW
memberi amaran tentang akan berlakunya pemalsuan hadis pada
akhir zaman. Kata baginda SAW dalam hadis yang diriwayatkan
oleh Imam Muslim (dalam Muqaddimahnya)
Maksudnya " Akan datang pada akhir zaman golongan dajjal dan
pendusta, mereka akan membawa kepada kamu hadis-hadis yang
tidak pernah didengari oleh kamu dan emak bapa kamu.
Hendaklah kamu berhati-hati dengan mereka.
Inilah keadaan yang paling bahaya,dimana Rasullullah memberi
amaran ,kata Baginda:
"Sesungguhnya
dusta kepadaku tidak sama dengan dusta kepadaku dengan
sengaja maka siap tempat duduknya di dalam api neraka."
Dalam sejarah
pemalsuan hadis , ada beberapa golongan yang terlibat
memalsukan hadis. Mereka sebahagian besarnya ialah golongan
zanadiqah, iaitu mereka yang menzahirkan Islam sedangkan
hati dan sanubari mereka memusuhi agama .Mereka ini merekai
hadis-hadis yang akan mencemarkan kesucian agama,
mencemarkan Rasul SAW.
Di sebelah
pihak yang lain golongan yang mereka hadis ialah golongan
zuhhad, iaitu golongan yang cuba safkan diri mereka kepada
kerohanian dan kesufian . Mereka kononnya ingin mengajak
orang supaya lebih mendekati agama, dengan mereka
hadis-hadis yang tidak pernah diucapkan oleh Nabi.
Antara fokus rekaan mereka ialah hadis yang berhubung dengan
fadhilat-fadhilat surah, yang membabitkan berbagai-bagai
surah. Ini yang seperti dilakukan oleh Abu Ismah Nuh
al-Jami' yang mereka hadis-hadis berhubung dengan
fadhilat surah, konon katanya "Sesungguhnya aku merekanya
disebabkan untuk menggalakkan orang ramai membaca al-Quran,
kerana mereka terlalu tertumpu kepada sirah-sirah Nabi SAW
.Dia melupai perbuatannya itu adalah perbuatan yang haram
dan menjerumuskan dia ke dalam api neraka.
Maka dengan
itu hendaklah kita mengambil pengajaran dan
pengiktibaran-janganlah kita memudahkan -mudahkan dalam
membaca sesuatu hadis terutama yang berhubung dengan
fadhilat-fadhilat surah. Hendaklah terlebih dahulu kita
merujuk kepada ahli-ahli dan pakar dalam bidang hadis, atau
merujuk kepada huffaz iaitu orang-orang yang menguasai
bidang hadis yang terdiri daripada para ulamak silam dan
para pengkaji hadis yang menguasai bidang ini , sepertimana
yang disebut oleh Syeikh Syu'ib al-Arna'ud (ketika
mentahqiqkan kitab besar oleh Imam Zahabi), katanya, "Tidak
halal bagi seseorang meriwayatkan hadis-hadis
Nabi, melainkan hendaklah dipastikan
terlebih dahulu daripada huffaz bahawasanya hadis itu
kedudukannya adalah thabit, iaitu pasti daripada Nabi SAW."
(oleh
Dr.Mohd Asri Zainul Abidin)
Sumber: www.al-wahidah.com
dengan sedikit pembetulan taip. |