tuntutan aqidah
Allah menyuruh mereka berpegang teguh dengan kandungan perjanjian dan berazam
dengan gigih untuk melaksanakannya, kerana tidak ada sikap lembut dan lembik
dalam urusan mematuhi `aqidah. Ia tidak menerima penyelesaian separuh-paruhan
dan sikap bermain-main. Ia merupakan janji Allah dengan orang-orang yang beriman.
Ia merupakan urusan yang serius dan benar, oleh itu ia tidak mempunyai jalan
yang lain melainkan sungguh-sungguh dan benar. Ia mempunyai taklif-taklif yang
berat. Itulah sifat `aqidah. Ia merupakan satu urusan yang amat besar, lebih
besar dari segala isi alam al-wujud ini. Oleh sebab itulah ia pasti dihadapi
oleh seseorang dengan hati yang bersungguh, berminat dan tahu segala
tugas-tugasnya, hati yang bertekad dan berazam penuh untuk melaksanakan
tugas-tugas itu. Setiap orang yang berpegang dengan `aqidah ini pastikan sedar
bahawa dia telah memberi selamat jalan kepada kehidupan yang senang-lenang,
kehidupan yang mewah dan empuk sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. (kepada
isterinya) apabila beliau diseru menjalankan tugas daawah:
مضى عهد النوم يا خديجة
"Zaman tidur telah berlalu wahai Khadijah!"
Dari tafsir "Fi Zilalil Quran" - Juzuk Pertama, m.s. 158