www.darulkautsar.com: Subhanallah!
Masa tidur tentukan risiko sakit jantung
MARBURG: Diet tradisi Mediterranean yang tinggi dengan lemak sayur-sayuran dan serat disifatkan baik untuk kesihatan.
Pada masa sama, satu lagi amalan dianggap baik bagi mereka ialah tidur tengah hari yang didapati mengurangkan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular.
Ini berdasarkan kajian bersama Greek- Amerika Syarikat yang dipetik agensi German Green Cross (DGK) yang berpejabat di Marburg.
Kajian oleh Fakulti Perubatan Universiti Athens, Greek dan Fakulti Perubatan Havard di Amerika Syarikat itu membabitkan maklumat yang diperoleh daripada lebih 20,000 penduduk Greece berusia antara 20 dan 86 tahun yang menyertai kajian kanser seluruh Eropah.
Antara soalan yang perlu dijawab ialah kekerapan mereka tidur pada waktu tengahari.
Kajian itu mendapati, risiko kematian sakit jantung berkurangan terhadap mereka yang mengamalkan tidur waktu tengah hari sehingga 34 peratus. – Agensi
Sumber: Berita Harian ( 19 Jun 2007)