www.darulkautsar.com: Inilah yang dikatakan jahiliyah!

Tukar perkataan pelacur kepada jual khidmat seks

 

LONDON: Britain bercadang membuang perkataan ‘prostitute’ (pelacur) daripada dokumen undang-undang kerana ia menyebabkan seseorang itu dianggap hina dan dipandang serong.

Sebaliknya, satu rang undang-undang baru yang dirangka Kementerian Kehakiman merujuk kepada golongan itu sebagai orang yang menjual khidmat seks.

"Kami hanya mahu menghapuskan pandangan serong kepada orang yang digelar pelacur murahan. Perkataan itu diguna pakai sejak 1824. Ini sudah terlalu lama. Menggelar seseorang itu tidak membantu," katanya. – Reuters

Sumber: Berita Harian (29 Jun 2007)